Hari ni aku nak serius sket...hehheeh (leh ke ni....)
takde teka teki..
takde nak tanye ape2..
wahhh..mst sonok kan?? sbb tak yah pk...hikhikhik...
just nak share ngn uols satu story....
aku baru baca email dr kwn aku...
mmg dah penah baca citer ni...tp kenapa ntah aku nak baca lagi...aku pun tak tau...
tanpa kusedari..aku mengalirkan air mata!!!
oooohhhh...TIDAKKKKK....aku nangis...
bukan sbb sedih tp sbb....
UOLS BACA THEN BARU TAU NAPE UOLS MENGALIRKAN AIR MATA...
takde teka teki..
takde nak tanye ape2..
wahhh..mst sonok kan?? sbb tak yah pk...hikhikhik...
just nak share ngn uols satu story....
aku baru baca email dr kwn aku...
mmg dah penah baca citer ni...tp kenapa ntah aku nak baca lagi...aku pun tak tau...
tanpa kusedari..aku mengalirkan air mata!!!
oooohhhh...TIDAKKKKK....aku nangis...
bukan sbb sedih tp sbb....
UOLS BACA THEN BARU TAU NAPE UOLS MENGALIRKAN AIR MATA...
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan..
'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat
Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.
Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya aku kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn kita, siapa kita sebenarnya!!!
salam sayang
DaliaLiyana
DaliaLiyana
19 comments:
betul tu... what u give u get back, jadi kalau beri yang baik dapat yang baik...
manusia ya miskin sederhana kebanyakkannya baik tetapi manusia yang kaya hanya sedikit saja yg baik
aku juga menangis..aku harap cerita ini benar kerana kita ketandusan kanak-kanak yang berbudi bahasa!! :)
nak nanges jgk..
:(
waaaaaa... aku jugak cam nk nanges.. kagum siot! huhu
orang miskin sanggup bekerja untuk cari sesuap nasi tapi yang kaya sanggup rasuah untuk bertambah kaya
saudari dalialiyana..
kanak2 itu mengingatkan kita betapa selagi kita berupaya, kita mesti berusaha..
kanak-kanak sepertinya pasti akan mengingatkan kita pada sesuatu yang penuh tauladan dan pengajaran..
ada satu puisi Usman Awang tentang seorang kanak-kanak yang dalam dirinya penuh kesabaran dan ketabahan.. tajuknya Gadis Kecil.. InsyaAllah akan saya perturun di blog Salam-Sejahtera saya nanti. :)
waduh.. meremang bulu roma bace story nie..
kagum btol ngan budak itu..
ade lg ke skrg kanak2 cmtu.. ?
hope ade lg laa ye yg berjiwa cmtu..
Ini Cerita Dari Drama Kat Tv3 Neh....
Pelakon Dia Budak Yang Berlakon Jadi Muhsin Tuw...
Org Yang Bagi Duit Tuw Plak Sapew Pelakon Yg Muka Sengget tuw?? Yg Jadi Irfan Tuw....
Cuba Diubah Neh....
ya dah baca juga ...
memang terharu
uwaaaa...akak terharu...
tapi ade ke budak yg perangai mcm tu skrang ni?
sangat kagum.... anak sapalah ni yerrrr....
Erk, ni bukan teka teki kan entry ni? Kalau teka teki, sukar untuk menjawab siapakah perempuan yang melahirkan budak tu. Lalalalala.
huhuhu..
sangat sentap sehhh..
Salam kenal Dalia,
Terharu sungguh baca cerita tu. Semoga setiap daripada anak bangsa kita kuat berusaha macam budak tu dan tidak hanya tahu meminta-minta.
akak pun dh penah tgok citer ni, tp x pasti drama atau novel...elok jd pengajaran buat kite semua
Hi Dalia, maybe you should get your own laptop when possible.
I guess laptops, handphones Ipods now becoming like our close relative, ha ha.
Best regards, Lee.
salam dalia.. huhu, sepatutnya kita pinjam semangat budak tu, kann.. tabah menghadapi dugaan..
salam sis dalia..penah terbaca cerita tu..tp tk pasti kt mana..memang sedih..tp mulia si ibu yg mendidik anak itu..sbb selagi terdaya dia tk mahu anaknya mengemis simpati org lain..ramai skrg ni..masih kuat tp mengharap simpati..
Post a Comment